Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Friday, April 22, 2011

10 Perkara Yang Leh Kondemkan Otak..

Assalam....

Hi korang.. aku der terjumpe artikel mengenai 10 tabiat yang leh merosakkan otak. Aku tak tau sejauh mana kebenarannya. Walaubagaimanapun korang usyalah ye. kalau munasabah amiklah n kalau rasa tak munasabah abaikanlah... semoga ianya mendatangkan kebaikan kepada kita.. jom usya..

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akanmengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak danmengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otakterjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan

mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembanganotak yang sihat.

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalambadan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifanotak.

6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapimasa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkanotak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen danini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan

kurang sihatBekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-selotak.

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnyaberimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasanotak kita.

Thursday, April 21, 2011

Kisah Angkasawan Yang Bijak Dan Terlebih Bijak

Assalam.. Hi korang...

Maka tersebutla kisah persaingan sengit dari 2 negara iaitu Amerika dan Rusia untuk meneroka ruang angkasa lepas.

Semasa angkasawan Amerika naik ke angkasa.. Dia mendapati,Pen yang dibawanya tidak boleh digunakan kerana tekanan graviti….(maklumlah dakwat pen tu terus naik kat atas masa nak menulis).

disebabkan itu, kerajaan Amerika melalui nasa telah menjalan kajian selama Bertahun-tahun dan telah menghabiskan berjuta-juta us dolar….Dan kerajaan amerika berjaya menghasilkan pen yang boleh menulis Ketika tekanan graviti rendah dan juga boleh menulis didalam air….Ini merupakan satu kejayaan bagi Amerika….



Akan tetapi di pihak Rusia Plak, yerorang

hanyA mengguNakaN PENSEL untUk menulis di angkasa lepas…
kan MUDah TU….Tak rUgi MAsa dan DUit……. hu...hu..


Tuesday, April 19, 2011

Sandwich Yang Menipu..



Salam.. Hi Korang.. mmm sebenarnye bukan sandwich nie yang menipu tapi pembuat sandwich nie yang tak agak2 nak mengaut keuntungan dengan mengaburi mata pembeli. Dalam Islam kita hendaklah berpegang teguh dengan apa yang haram dan dilarang dalam perniagaan antaranya ialah: Riba, Memeras ugut dan mengambil harta dengan cara yang batil, Menipu dan bersumpah semata2 untuk melariskan perniagaan, Rasuah, Memonopoli barangan (ihtikar), Menipu kadar sukatan dan timbangan, Larangan membeli barangan yang dicuri,diragut, atau dirampas tanpa hak dan juga menjual barangan yang najis seperti anjing, babi, arak, bangkai dan sebagainya.

Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia. Sekiranya semua manusia bepegang teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Insyallah..

Jahatnya Mata Lelaki..

Assalam.. Hi korang.... Penah dengo tak ustaz yang memberikan ceramah cakap orang2 yang nampak alim nie kengkadang bila nampak perempuan seksi sampai kopiah pun leh tercabut! apatah lagi kite yang tak nampak alim langsung nie hu..hu... begitulah hakikatnya bila tak cukup iman didada habislah kita sebagai lelaki digoda dan tergoda. Pasangan Lelaki adalah perempuan so perempuan adalah daya tarikan lelaki. Setiap apa yang ada pada wanita dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh menyebabkan mata lelaki terpanar chewah.. Aku der jumpe artikel mengenai jahatnya mata lelaki jika perempuan tidak berusehe untuk menghalang pandangan jahat tersebut. jom usya...

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,

kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,

maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga. Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik. Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya.. Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.

Friday, April 15, 2011

Bila Semuanya Hangus Terbako, Apa Yang Tak Terbako?

Assalam. hi korang.. Nanti Korang Usya la gambo kat bawah nie.. cume sebelum tue aku nak cakap. Dah bermacam2 Allah tunjukan Kekuasaan dan Kebesarannya kepada kita sebagai hambanya. Tiada yang mustahil bagi Allah. Subhanallah!!!!

Kuiz Hari Ini: JGN SENYUM OR GELAK SEMASA MENJAWAB!!

Assalam.... ha korang dah lama tak mengasah minda kan? pagi ni aku nak korang cube sedaya upaya menjawab soalan kuiz yang diberikan.. sila baca betul2 jawab dengan tenang dan yang paling penting JGN SENYUM OR GELAK! KALAU TAK KORANG GAGAL! Anda boleh mula menjawab sekarang. Selamat maju Jaya.


SILA LIHAT SOALAN DI BAWAH

*1. Siapakah yang membuka Melaka?

a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

*2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides , siapakah dia?

a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

*3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak ?

a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

*4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?

a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

*5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang...

a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak e. Tuk Bulu Hidung

*6. Pahlawan Melayu di Pahang..

a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

*7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?

a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

*8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?

a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

*9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan
Melaka?

a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

*10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?

a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

*11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?

a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

*12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?

a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

*13. Siapakah Ketua Kominis Malaya ?

a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

**MAAF...... ANDA GAGAL DISEBABKAN SENYUM SEMASA JAWAP ...**

Thursday, April 14, 2011

Mak Nyah Yang Lara


Mohammed Fazdil Min Bahari (fatine)

Assalam hi korang! Negara kita pernah digemparkan ngan perkahwinan sejenis antara Ian Young (rakyat britain) dan rakyat malaysia yang berbangsa melayu iaitu Fatine( bukan nama sebenar sebab nama sebenarnya ialah Mohammed Fazdil Min Bahari).Mereke telah berkahwin di satu majlis sivil di pejabat pendaftaran derby pada tahun 2009. Baru2 ini kisah hubungan mereka kecoh kembali disebabkan `rumahtangga' yang dibina atas kasih sayang yang kononnya tiada tolok bandingnya telah berantakan. `Suaminya' menuduh fatine menipunya dan meninggalkannya setelah mendapat visa dan dalam kosmo semalam plak Fatine menjelaskan yang sebenarnya `suaminya' itulah yang menyisihkannya setelah ianya mengorbankan segala2nya demi kasih sayangnya terhadap `suaminya' tindakan suaminya yang menyisihkan dan memburukkannya menyebabkan ia tawar hati untuk kembali ke pangkuan `Suaminya'. Penyudahnya mereka berdua telah tinggal berasingan dan cube meneruskan hidup memasing. Alhamdulillah...

Mmmm begitulah rentetan kisah tragis cinta mereka. Cinta yang disangkakan membawa bahagia sampai ke mati rupanya tak sampai kemana. Percayalah cinta yang dilaknat oleh Allah dan dibenci Rasulullah tidak akan mendatangkan kebahagiaan. Cinta dan kasih sayang ini hanya didorong oleh nafsu dan syaitan. Cinta ini juga akan membuat kita tergelincir dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam dan terus terjunam jatuh. Hubungan cinta sejenis adalah tersangat keji dan menjatuhkan martabat kemuliaan manusia. Haiwan pun pandai cari pasangan yang berlainan jantina!

Mmg kalau diikutkan rasa hati kita marah dan benci dengan apa yang telah dilakukan oleh fatine hinggakan die sendiri mengakui telah terima ugutan bunuh atas apa yang telah dilakukan. Tapi bila difikirkan dari sudut fositifnya apa yang berlaku hari ini dapat menjadi iktibar kepada kita dan untuk fatine plak mungkin Allah masih menyanyanginya sebab Allah masih nak fatine sedar dan kembali meletakkan diri ke landasan yang sebenarnye. Fatine masih mempunyai peluang untuk bertaubat. Sedarlah segera dan jgnlah terus hanyut menghayati cinta yang dilaknat Allah. Carilah kebahagiaan abadi semoga kisah fatine menjadi pengajaran bagi mereka yang menghendaki kerahmatan Allah. Insyallah...



GAMBAR perkahwinan Ian Young dan Fatine pada 2009.

Wednesday, April 13, 2011

Surat Cinta Monyet..

Salam.. hi korang.. aku nak tanye sejak umur berape korang bercinta? mmm memasing mesti ada sejarah cinta monyet kan? acehhhh.. cube korang usya surat nie.. geli hati aku bace..


click gambo untuk besokan

Pecah kaca, Pecah gelas
Sudah Baca, Harap Balas ha..ha..

Tuesday, April 12, 2011

Doktor Klinik Yang Terlampau!



Assalam...

Hi korang? pekabo? hope korang dalam keadaan yang sihat2 sentiasa. org umah aku minggu lepas diserang sakit batuk2, demam n sakit kepala yang tak melaratkan utk die nak pi kije. Lebih kurang seminggu jugak lah die die dapat mc. hari pertama die dapat mc tue die pi klinik kat berhampiran umah aku. pas pi tue dapatla beberapa ubat n dapat mc haritu n caj bayaran lebih kurang 45 inggit.

Besoknya orang umah aku kije ar cam biasa tapi org umah aku masih tak sihat lai. malam tue kiteorang wat keputusan utk pi klinik yang sama sekali lai. Org umah aku bgtau ar sakitnya masih tak berkurang pas makan ubat yang klinik tersebut bagi.Selepas keluar dr bilik doktor aku tanyela org umah aku doktor cakap pe? Org umah aku cakap doktor tue just tanye je keadaan org umah aku tak check pun cam amik tekanan darah ke suhu ke ape2la. just tanye sakit apa n terus suh org umah aku try ubat lain. so hari kedua tue kiterorang kene dalam rm 25 inggit. Dapat la org umah aku ubat2 yang lain n mc lai sehari. Masa pas bayar tue org umah aku tanye ar kat nurse tue leh tak dapatkan mc 2 hari terus sebab org umah aku tak rase sakitnye akan pulih dalam sehari. nurse tue cakap takleh. kalau nak mc lai biasanya besok kene datang check doktor lai.Org umah aku dengan selamba sound nurse tue "Kalau macamnie banyakla pakai duit asyik nak kene jumpe doktor". Org umah aku geram sangat sebab caj yang dikenakan mahal tapi doktor langsung tak mainkan peranannya. Org umah aku cakap hari sebelumnye pun camtu gak. doktornye tak amik tekanan darah n check pepe yang patut langsung tapi yang bengangnya caj jumpe doktor punyela mahal rasanye 12 inggit sekali jumpe.

Ditakdirkan selepas 2 hari dapat mc pun org umah aku masih tak ok. so kiteorang pi klinik panel tempat kije orang umah aku utk jumpe doktor n mintak mc lai memandangkan orang umah aku masih tak larat nak kije. kat klinik panel tersebut doktor amik darah sebab doktor suspek denggi. doktor tue cakap besoknye leh call klinik tue utk tanye keputusan darah. So nak dipendekkan cerite org umah aku pun suh call klinik tue utk tanye keputusan darah. nurse kat situ cume cakap darah org umah aku normal. Alhamdulillah. risau gak aku kalau org umah aku positif denggi.

Tgk org umah aku tak ok2 last2 sekali kiteorang decide wat checkup kat hospital pakar. tempat yang sama org umah aku kene admit mase kene denggi aritue. org umah aku cakap simptom yang die kene lebih kurang sama cam yer kene denggi aritu itu yang kiteorang risau tue. Pas amik darah doktor cakap darah org umah aku negatif denggi Alhamdulillah. cuma setelah doktor lihat keputusan darah tue doktor cakap kemungkinan org umah aku kene jangkitan virus. Setelah diberikan
ubat n mc 2 hari. Alhamdulilah orang umah aku telah sihat. caj yang dikenakan RM 344.00 (mmgla mahal tapi puas ati sebab doktor tersebut berjaya mengesan penyakit org umah aku)

So kesimpulannya dari post doktor klinik yang terlampau nie ialah mmg la doktor sewajarnye mengenakan caj diatas perkhidmatan yang diberikan. Tapi cajla setelah doktor tersebut menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya. Caj yang diberikan juga seharusnya berpatutan. check betul2 jgn main nak test2 ubat. Seolah2 makan gaji buta! kalau sekadar nak test2 ubat baik gi farmasi je... Orng umah aku bernasib baik sebab coz ubat rawatannya ditanggung oleh tempat kijenye. cube bayangkan kalau yang pergi klinik tue orang yang susah n pendapatannya kurang? nak pi hospital kerajaan boleh korang paham2 jela kene tunggu lama.

p/s: Post kalinie org umah aku yang suruh wat sebab die geram ngan sikap2 doktor yang kijenye nak melahap duit org je.